tawaran c (Program Sub Kepakaran)
Soalan ?

Bilakah iklan tawaran HLP bagi Program Subkepakaran dibuat?

Jawapan

Iklan bagi mengikuti Program Subkepakaran dibuat pada bulan September 2020 melalui laman web rasmi KKM


Soalan ?

Bagaimana cara untuk mendapatkan borang permohonan bagi mengikuti Program Subkepakaran?

Jawapan

Borang permohonan beserta tatacara dan syarat-syarat permohonan boleh dimuat turun di laman web http://ehlp.moh.gov.my


Soalan ?

Apakah syarat-syarat bagi permohonan Program Subkepakaran?

Jawapan

Antara syarat utama permohonan ialah berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup permohonan, mempunyai kelulusan kepakaran yang diiktiraf, telah diwartakan sebagai Pegawai Peruabatan Pakar dan mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 24 bulan selepas diwartakan.

Soalan ? Saya pernah menghantar borang permohonan bagi mengikuti Program Subkepakaran bagi sesi Jan/Julai 2018 tetapi gagal. Saya masih berminat dan ingin memohon semula. Adakah saya perlu memohon semula dengan mengisi borang baru seperti yang diiklankan atau boleh hantar borang terdahulu?
Jawapan Pegawai perlu mengisi borang baru seperti di dalam iklan dan menghantar semula ke BPL.

Soalan ? Saya pernah menarik diri semasa pengajian sarjana dengan kemudahan HLP kerana mengambil MRCP. Adakah saya masih layak untuk memohon Program Subkepakaran?
Jawapan Tidak layak. Pegawai mestilah tidak pernah gagal atau menarik diri daripada sebarang kursus tajaan Kerajaan Malaysia.

Soalan ? Bolehkah saya menghantar borang permohonan selepas tarikh tutup atas sebab saya menghadapi kesukaran untuk mendapatkan ulasan Ketua Jabatan menyebabkan borang permohonan saya tidak lengkap?
Jawapan Tidak boleh. Borang permohonan hendaklah dihantar pada atau sebelum tarikh tutup permohonan. BPL tidak bertanggungjawab di atas kegagalan pegawai mengemukakan borang pada masa yang ditetapkan.

Soalan ? Bolehkah saya menghantar laporan referee secara berasingan?
Jawapan Tidak boleh. Laporan referee hendaklah dimasukkan ke dalam sampul yang dilakerikan (seal) serta dikemukakan bersama-sama dengan borang permohonan.

Soalan ?

Adakah BPL akan membuat pemakluman keputusan kepada calon yang Berjaya mengikuti Program Subkepakaran?

Jawapan

Ya. Pemakluman akan dibuat melalui emel kepada calon yang Berjaya sahaja.


Soalan ? Permohonan saya untuk mengikuti Program Subkepakaran adalah gagal. Bolehkah saya membuat rayuan?
Jawapan Tidak boleh. Sebarang keputusan adalah muktamad.

Soalan ? Bagaimanakah pemilihan calon untuk Program Subkepakaran dilaksanakan?
Jawapan Tapisan dibuat sebanyak 3 peringkat iaitu tapisan pertama (syarat-syarat umum), tapisan kedua (teknikal) oleh Ketua Perkhidmatan dan tapisan ketiga (kelulusan KSU).

Soalan ? Apakah kesan jika saya menolak tawaran?
Jawapan Pegawai tidak layak memohon dalam tempoh 2 tahun.

PERHATIAN!
Mohon Baca
i. Panduan Pengisian Borang
ii. Syarat Tawaran
Sebelum Membuat Permohonan
PERHATIAN!
Sila gunakan komputer atau komputer riba untuk akses sistem. Paparan terbaik adalah dengan Chrome, Firefox atau Microsoft Edge versi terkini.